Selasa, 28 April 2009

Keracunan Makanan.....Salah siapa..?



Keracunan Makanan......

Siapakah yang bertanggungjawab di atas kejadian keracunan makanan yang berlaku?


Pada pendapat saya, ini adalah kesalahan penjual, pembeli dan juga Pihak Berkuasa(NEA) kepada keracunan makanan yang telah berlaku.


Penjual bersalah kerana mereka tidak bertanggungjawab untuk menjaga kedainya untuk menjadi bersih. Kerana itu, orang-orang yang ingin datang ke kedainya boleh berasa takut untuk makan makanan-makanannya kerana tidak kelihatan bersih dan orang boleh juga berfikir bahawa makanan-makanan yang dijual itu beracun. Penjual seharusnya menjaga kedainya dengan baik supaya ramai orang akan datang.


Pembeli bersalah kerana mereka tidak memeriksa kebersihan kedai itu. Sebelum membeli apa-apa daripada kedai itu, mereka harus memeriksa kebersihan kedai itu. Pembeli harus berhati-hati kepada makanan yang dimakan dan juga makanan yang dibeli. Kalau tidak, mereka akan mendapatkan keracunan makanan.


Pengawai NEA bersalah kerana mereka tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mungkin mereka hanya memeriksa sebahagian sahaja seperti mereka hanya memeriksa kedai tersebut tidak terlalu lama, sekitar 1~2 minit sahaja lalu mereka pergi.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian sedemikian
berlaku berulang kali?

Kita boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan kejadian itu. Kita harus bertanggungjawab kepada perbuatan kita. Kita juga harus menjaga kebersihan diri untuk menjauhkan dari penyakit-penyakit.

1 ulasan:

  1. Memang benar Devi. Ketiga-tiga pihak ini harus bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku. Namun banyak faktor lain yang harus kita fikirkan. Mungkin faktor kesekitaran.
    Terus mencuba!
    26/40

    BalasPadam