Isnin, 20 April 2009

Ciri Ciri Sekolah Idaman Saya

Saya ingin sekolah saya mejadi lebih baik. Kelas-kelas yang ada di sekolah saya tidak berhawa dingin, sebab itu, murid-murid selalu tidak senang kerana kepanasan. Musim di Singapura tidak selalu dingin tetapi sering sekali panas kecuali pagi-pagi pada pukul 9:00 sampai 4:00. Saya ingin kelas di sekolah berhawa dingin walaupun ada tidak baiknya untuk mempunyai kelas berhawa dingin kerana murid-murid boleh saja masuk angin ataupun seorang yang kurang sihat jadi kedinginan. Tetapi, kalau kelas kita berhawa dingin, murid-murid boleh berasa nyaman dan boleh sahaja berkonsentrasi kepada perkerjaan mereka. Yang berlainan daripada kelas berhawa dingin adalah mempunyai perpustakaan yang lebih besar supaya boleh mengadakan lebih banyak buku dan juga boleh saja ada ruang untuk murid-murid untuk mengulangkaji ataupun membaca buku. Ada murid yang suka datang ke perpustakaan untuk meminjam buku ataupun membaca pada masa lapang atau pada waktu rehat. Kadang-kadang ada saja murid yang tidak dapat tempat duduk untuk membaca buku ataupun belajar kerana sudah ada banyak murid telah duduk dan tidak ada lagi tempat duduk. Kalau lebih besar pasti semua orang boleh berasa lega.

1 ulasan: